CIKPOPI.KONGSI
  • Home
    • HOMEPAGE 1
    • HOMEPAGE 2
    • HOMEPAGE 3
    • HOMEPAGE 4
    • HOMEPAGE 5
  • Posts
  • Works
  • Features
  • Mega Menu
Sejarah

Tujuh Keajaiban Dunia Purba

Umi Fuzy No Comments

Tahukah anda, terdapat Tujuh Keajaiban Dunia Purba yang menjadi tarikan orang ramai hingga kini dan merupakan tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan di kalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. 

Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:



1. Piramid Agung, Giza



Tarikh dibina : 2650-2500 SM

Pembina : Mesir

Status : masih wujud


2. Taman Tergantung Babylon



Tarikh dibina : 600 SM

Pembina : Babylonia

Status : Musnah selepas abad pertama SM

Punca : gempa bumi

3. Kuil Artemis di Ephesus



Tarikh dibina : 550 SM

Pembina : Lydia, Parsi, Yunani Purba

Status : Musnah 356 SM

Punca : terbakar


4. Berhala Zeus di Olympia

Tarikh dibina : 435 SM

Pembina : Yunani purba

Status : Musnah antara abad ke-5 dan ke-6 M

Punca : terbakar

5. Makam Maussollos di Halicarnassus



Tarikh dibina : 351 SM

Pembina : Parsi, Yunani Purba

Status : Musnah sebelum 1494 M

Punca : gempa bumi

6. Patung Raksasa Rhodes


Tarikh dibina : 292-280 SM

Pembina : Yunani Hellenistik

Status : Musnah 224 SM

Punca : gempa bumi


7. Rumah Api Iskandariah



Tarikh dibina : abad ke-3 SM

Pembina : Mesir Hellenistik

Status : Musnah (1303-1480 M)

Punca : gempa bumi


Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. 

Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. 

Walaubagaimanapun, kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.


sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tujuh_Keajaiban_Dunia

Umi Fuzy

You May Also Like

Sejarah
  • Previous You are viewing Last Post
  • Next You are viewing Most Recent Post
by Umi Fuzy at October 16, 2021
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Tags Sejarah
Umi Fuzy
menulis apa yang nampak dimata, apa yang dirasai, apa yang dialami

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Author

Like Us

Labels

Sejarah (1)

Popular Posts

  • Tujuh Keajaiban Dunia Purba
    Tahukah anda, terdapat Tujuh Keajaiban Dunia Purba yang menjadi tarikan orang ramai hingga kini dan merupakan tujuh ciptaan binaan purba yan...

THE BLOG THEME

3/recent/post-list

Flickr

Popular Posts

  • Tujuh Keajaiban Dunia Purba
Created by - Way2themes - | Distributed By Gooyaabi Templates
  • HOME
  • CONTACT